MAKLUMAN PELAKSANAAN FORMAT BAHARU BUKU REKOD NILAM

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Muafakat Johor.

Tuan,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Seperti mana melalui makluman surat siaran bernombor BTPN(JOH)88711511 JId.2(1) pelaksanaan NILAM Tambah Baik akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Januari 2018. Justeru itu, setiap sekolah di Negeri Johor WAJIB melaksanakan sebagaimana arahan.

3. Bagi tujuan pencetakan Buku NILAM Format Baharu, pihak sekolah boleh mencetak atau mendapatkan Buku Rekod NILAM dari mana-mana pembekal setelah merujuk format NILAM Tambah Baik seperti mana yang diterima melalui Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Semakan format boleh di buat di pautan berikut: http://gg.gg/buku_rekod_nilam

4. Sebarang pertanyaan, tuan boleh hubungi Pegawai Pusat Kegiatan Guru Zon tuan-tuan atau En. Jailani Bin Mohd Yusoff, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Johor di talian 013-5939585. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan, terima kasih.

Muat Turun : SURAT PELAKSANAAN NILAM BAHARU

Tindakan : Pengetua / Guru Besar / Guru Perpustakaan dan Media

Dikirim dalam Uncategorized

SSQS 3.0 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah di Malaysia.  Ia digunakan sebagai satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian sekolah-sekolah di Malaysia.  SSQS juga boleh digunakan sebagai satu indikator asas mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia ndan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy)

Sehubungan itu, pelaksanaan penarafan bagi tahun 2017 ini akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 15 Julai hingga 30 Ogos 2017. Penarafan ini diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru dengan dibantu oleh Guru Penyelaras Bestari/ Guru Penyelaras ICT di peringkat sekolah.  Responden bagi penarafan ini adalah terdiri daripada Pengetua/Guru Besar, Guru Perpustakaan & Media (GPM), guru-guru dan murid-murid.

Penarafan menggunakan SSQS secara dalam talian boleh dicapai melalui pautan berikut:

Kerjasama Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT (GPICT) sekolah, selaku admin di peringkat sekolah amat diperlukan untuk menyenaraikan dan mengagihkan token kepada responden bagi pelaksanaan penarafan di peringkat sekolah masing-masing. Sebarang pertanyaan, sila hubungi PKG masing-masing atau En. Mohd Faruze bin Iberahim Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor di talian 07-556 9659 Sambungan 157.

Dikirim dalam Uncategorized

PELAKSANAAN STANDARD KOMPETENSI DIGITAL (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS – DCS) MURID TAHUN 2017

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam Muafakat Johor,
 
Kepada :
Pengetua / Guru Besar
1. SMK TELOK KERANG
2. SJKC CHI MANG
3. SJKC BIN CHONG
4. SK SUNGAI DURIAN
5. SK TELOK KERANG
6. SK RIMBA TERJUN
Tuan,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.         Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Econmy Corporation(MDEC) sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4 : Konsolidasi dan Kelestarian (2011 – 2020) seperti surat dengan rujukan bernombor : KP(BTP-PENT) 8817/3/4 (80) bertarikh 30 Mac 2017.
 
3.         Sehubungan itu, penilaian Standard Kompetensi Digital (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS– DCS) akan dilaksanakan di sekolah-sekolah seperti di Lampiran 1 bermula 10 April 2017 sehingga 15 Mei 2017 secara atas talian pada pautan berikut : 
4.         Pelaksanaan penilaian DCS di sekolah-sekolah terpilih ini akan diuruskan oleh pihak kami dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) zon masing-masing. Bagi bantuan penyelarasan di peringkat sekolah, Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT bertanggungjawab membantu proses penilaian murid.
 6.         Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En Mohd Hairil Fitri bin Ja’afar, Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor di talian 012-7870277 atau menggunakan aplikasi DCS (Klik  User Guide à  FAQ).
 Sekian terima kasih.
“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI”
(SANI OMAR)
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Kukup
Muat turun:
Dikirim dalam Uncategorized

Pelaksanaan KM1M 2017

KM1M 2017

Dimaklumkan bahawa berdasarkan surat arahan Pelaksanaan Program Kem Membaca 1Malaysia ( KM1M ) 2017  ( rujukan : KP(BTP-PSP)8810/3/3/Jld.3(23) ) bertarikh 3 Mac 2017 , KM1M merupakan satu aktiviti tahunan KPM bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.

Program KM1M 2016 akan diadakan serentak di seluruh negara selama tiga hari iaitu pada 4 hingga 6 April 2017 dengan tema Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia.yang mengsasarkan murid sekolah rendah dan juga menengah.

Pelancaran peringkat Kebangsaan akan  diadakan pada 4 April 2017 di Auditorium BTP, Bukit Kiara. Kuala Lumpur jam 8.00 pagi manakala pelancaranKM1M peringkat negeri Johor akan diadakan  di SK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang.

Majlis Pelancaran peringkat sekolah juga akan diadakan serentak di seluruh negara pada 4 April 2017.Sehubungan itu, dipohon Guru Perpustakaan dan Media mengambil tindakan untuk melaksanakan pelancaran dan program tersebut di sekolah masing-masing.mulai 4 hingga 6 April 2017.

Pelaporan KM1M perlu dihantar secara hardcopy @ emailkan ke sani.btpnjoh@moe.gov.my  sebelum  20 April 2017 untuk dihantar ke KPM.

Bersama ini disertakan ( Sila klik link untuk Muat turun )

  1. Surat punca  kuasa pelaksanaan KM1M
  2. Lampiran 1-Ringkasan dan aktiviti KM1M
  3. Lampiran 2  contoh pelaporan
  4. Power point Garis panduan KM1M

Sehubungan dengan itu, kerjasama dari tuan/puan adalah amat dihargai dalam melaksanakan perkara diatas..Sebarang pertanyaan sila  berhubung terus ke talian 07-6874943 pada waktu pejabat

Sekian, untuk makluman dan tindakan.

Dikirim dalam Uncategorized

Penambahbaikan Buku Rekod NILAM 2017

Program NILAM yang ditambahbaik telah dirintis di 104 buah sekolah di Selangor pada tahun 2016. Hasil daripada rintis tersebut, satu format perekodan NILAM yang baharu telah disediakan. Format Buku Rekod NILAM yang terkini dengan penambahbaikkan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia ini akan mula digunakan mulai sesi persekolahan 2017 secara soft start dan akan digunakan sepenuhnya mulai tahun 2018. Untuk sesi persekolah 2017 ini, Buku Rekod NILAM format yang lama masih boleh digunakan dan penggunaan buku rekod format yang ditambah baik akan digunakan setelah buku yang lama habis digunakan. Contoh Buku Rekod NILAM yang ditambahbaik boleh dirujuk pada e-book melalui pautan di bawah:

E-BOOK >>>>Buku Rekod NILAM Sekolah Rendah

Download :

Buku-Rekod-Bacaan_Sekolah-Menengah

Buku-Rekod-Bacaan-Sekolah-Rendah

Buku-Rekod-Bacaan_Sekolah-Rendah-SJKC

Buku-Rekod-Bacaan_Sekolah-Rendah-SJKT

Lampiran-Buku-Rekod-Bacaan_Sekolah-Menengah

Lampiran-Buku-Rekod-Bacaan_Sekolah-Rendah

Lampiran-Buku-Rekod-Bacaan_SR-SJKC

Lampiran-Buku-Rekod-Bacaan_SR-SJKT

POWER POINT Program NILAM Yang Ditambahbaik

Dikirim dalam Uncategorized

ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH TAHUN 2017

LAPORAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2017

NAMA PROGRAM  :   ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN    2017

TEMPAT  :   PKG KUKUP

TEMA  :   “ BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJASA”

TARIKH PELAKSANAAN  :   7 & 8 FEBRUARI  2017

SASARAN  :   PELAJAR TAHUN 6 & TINGKATAN 5 SEKOLAH-SEKOLAH  DAERAH PONTIAN

PENGLIBATAN                            :  60 PELAJAR ( 40 SR / 20 SM)

8  SISC+ / GC (PANEL)

8 GPM

13 STAFF PKG

36 BUAH SEKOLAH

PERASMI  :  TUAN  PPD (DIWAKILI OLEH EN. ROSTAM BIN YAHMIN, PPPDR)

TETAMU VIP        :  KPP BTPN JOHOR (DIWAKILI OLEH EN ABU SAIFUDIN BIN HJ. ABU                                                HANIPAH ,PTP)

PENGERUSI JKPA PKG SETIAP ZON

PENGERUSI MPSM

PENGERUSI MGB

Impak     :Secara keseluruhan, program yang dijalankan adalah program yang amat baik bersesuaian dengan objektif program ini iaitu berfokus ke arah malahirkan generasi pelajar celik membaca dan celik maklumat  disamping menggalakkan dan menanamkan sifat suka membaca.

KEPUTUSAN

BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

KEDUDUKAN NAMA PELAJAR SEKOLAH MARKAH
1 NUR HANISA EDORA BINTI AZMAN SK SERI BUNIAN 76.28
2 NOR HIDAYAH BINTI SUKIMAN SK PULAI SENATANG 75.83
3 AZARISALMAN BIN AHMAD SK PENGKALAN RAJA 73.35
4 NOOR AMIRIANA ANISSA BINTI AMIR SRAB PONTIAN 71.62
5 BALQIS BINTI SYAHRULHASYADIN SK SUNGAI BUNYI 71.23

BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH

KEDUDUKAN NAMA PELAJAR SEKOLAH MARKAH
1 MUHD. AMMR HAZEEM BIN MOHD KHAIRI SK BANDAR PONTIAN 91.68
2 DANI AMIR NADZMI BIN NORAZRIN SK TELOK KERANG 90.35
3 NUR SYAZWANI BINTI SAPIEI SK MELAYU RAYA 86.38
4 MUHAMMAD RAFIUDDIN BIN ROSLAN SK PENGKALAN RAJA 82.48
5 NURNASYIRAH BINTI SAHARIZA’AD SK SERI AL ULUM 77.4

BAHASA MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH

KEDUDUKAN NAMA PELAJAR SEKOLAH MARKAH
1 SITI HAJAR BINTI MAZLAN SMK DATO PENGGAWA BARAT 80.23
2 AMANINA ATIQAH BINTI HELMY SMK SRI TANJUNG 76.42
3 SITI NURAIN YUSRA BINTI EDY YUSRI SMK DATO MOHD YUNUS SULAIMAN 74. 07
4 SITI NUR ZAHIRAH BINTI DAHLAN SMK TELOK KERANG 71.15
5 NUR ATIQAH BINTI ISHAK SMK BENUT 74.07

BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH

KEDUDUKAN NAMA PELAJAR SEKOLAH MARKAH
1 FATIN NURSABRINA BINTI MOHD HELMI SMK DATO PENGGAWA BARAT 88.0
2 ONG ZEN YE SMK PEKAN NENAS 82.95
3 YADY ZIKRY BINTI YUSNI SMK SRI PERHENTIAN 82.37
4 NURUL AYRIEN FATIHAH BINTI MADSAN SMK TELOK KERANG 79.87
5 NG MAN XIN SMK BENUT 73.8

 

Dikirim dalam Uncategorized

ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2017

Dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru (PKG) Daerah Pontian akan menganjurkan program seperti di atas pada ketetapan berikut :

PERINGKAT SARINGAN

Tarikh              : 17 Januari 2017 hingga 24 Januari 2017

Tempat            : Pusat Kegiatan Guru Zon masing-masing

PERINGKAT AKHIR

Tarikh              : 7 hingga 8 Februari 2017 (Selasa dan Rabu)

Tempat            : Pusat Kegiatan Guru Kukup

Kriteria pemilihan calon, prosedur penilaian, borang pencalonan dan borang folio perlu di muat turun melalui laman sesawang ini.Borang hendaklah dilengkapkan oleh pegawai yang bertanggungjawab di bawah pentadbiran tuan dan perlu dikembalikan ke Pusat Kegiatan Guru zon masing-masing sebelum 16 Januari 2017 (Isnin).

Sekiranya pihak tuan memerlukan keterangan lanjut, silalah hubungi En. Sani bin Omar, Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Anugerah NILAM Peringkat Daerah Pontian Tahun 2017 di talian 07-6874943.

01-borang-pencalonan

02-kriteria-pemilihan-calon-sekolah-anugerah-nilam-daerah-pontian

03-prosedur-penilaian-anugerah-nilam-daerah-pontian

04-folio

05-borang-kebenaran

06-borang-guru-pengiring-guru-pengiring

Dikirim dalam Uncategorized

Pinjaman Netbook1Malaysia 2017 bermula 5.1.2017/Khamis

Pinjaman Netbook1Malaysia bagi Tahun 2017 untuk guru-guru Zon Kukup bermula 5.1.2017/Khamis.Guru perlu mengisi borang pinjaman dan mendapat pengesahan daripada pengetua @ guru besar terlebih dahulu. Diharapkan cikgu dapat mematuhi peraturan pinjaman yang telah ditetapkan. Ketidakpatuhan terhadap peraturan pinjaman akan dikenakan tindakan.Sila hadir ke PKG Kukup pada waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang.

Dikirim dalam Uncategorized

Khidmat Bantu PSS SK Parit Sulaiman 2016

Khidmat Bantu PSS SK Parit Sulaiman diadakan pada 2 & 3 November 2016. Khidmat Bantu ini berfokus kepada keceriaan luaran PSS. Lukisan @ mural yang dihasilkan dapat menceriakan dan memberi informasi kepada pelajar. Seramai 20 guru terlibat dalam program ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran SK Parit Sulaiman

20161102_144815
Sesi Taklimat
20161102_144801.jpg
Pembahagian Kumpulan

 

 

 

 

 

20161102_160517

Kerja-kerja melukis dan mengecat

Dikirim dalam Uncategorized

Pelaksanaan Profil Baharu Bandwidth1BestariNet di Sekolah-Sekolah 4G di Seluruh Semenanjung, Sabah dan W.P. Labuan Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Syarikat YTL Communications Sdn Bhd.

KPM telah memberi kebenaran kepada pihak YTLC untuk melaksanakan peningkatan bandwidth 4G dari 4 mbps ke 6 mbps/10mbps/15mps ke 1013 sekolah di negeri Johor yang telah menerima perkhidmatan 1BN menggunakan teknologi ZOOM dan OCPE.

Tindakan  yang perlu dilaksanakan di peringkat sekolah

1.Melakukan pendaftaran maklumat guru supaya pelan data individu 2 GB dapat  dibekalkan kepada guru yang memiliki/dibekalkan Dongle lama. Guru ICT sekolah    mengenalpasti pemilik Dongle 1BN yg masih berfungsi dan mendaftar dalam aplikasi      disediakan.  Pelan lama akan ditamatkan pada 15 ogos 2016.

 2. Sekolah mengesahkan LAN sedia ada
a. Pengesahan LAN (ADA dan berfungsi/ ada LAN tetapi tidak berfungsi/ tiada LAN)
b. Mengesahkan bilangan Makmal Komputer yang ada disekolah
c. Memasukkan bilangan komputer yang ada disetiap Makmal Komputer

3. Sekolah mengesahkan lokasi ZOOM
a. Peranti ZOOM ditempatkan dilokasi yang didaftarkan (MK, bilik guru/pejabat                            pentadbiran)

4 .Memastikan perkhidmatan bandwidth yang dibekalkan mematuhi syarat
a. Mengesahkan perkhidmatan profil baharu ditetapkan dengan melengkapkan SAP
b. Membuat pengujian capaian dibekalkan dan mengakui maklumat perkhidmatan                   adalah benar dan melengkapkan borang SPP
c. Mengumpul dokumen SAP, dan SPP dlm masa 15 hari untuk pengesahan tuntutan                  bayaran oleh  syarikat

5.Memastikan sekolah membuat pendaftaran maklumat peranti peribadi dengan                      mendaftar peranti yang dibenarkan sahaja unruk akses ke wifi Pejabat Pentadbiran

Muat turun  surat  KPM dan panduan pengguna di website 1bestarinet.net

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara di atas boleh diajukan kepada Tuan Hj. Mohd Haliza bin Mohd Adnan (016-2684 062 / 017-6054062 / mohdhaliza@moe.gov.my) atau Encik Brian Christopher de Rozario ( 03-2081 7661/018-7066826) Meja Bantuan 1BestariNet di talian 018-7998787 atau moesupport@ytlcomms.my

Dikirim dalam Uncategorized