MAKLUMAN PELAKSANAAN FORMAT BAHARU BUKU REKOD NILAM

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Muafakat Johor.

Tuan,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Seperti mana melalui makluman surat siaran bernombor BTPN(JOH)88711511 JId.2(1) pelaksanaan NILAM Tambah Baik akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Januari 2018. Justeru itu, setiap sekolah di Negeri Johor WAJIB melaksanakan sebagaimana arahan.

3. Bagi tujuan pencetakan Buku NILAM Format Baharu, pihak sekolah boleh mencetak atau mendapatkan Buku Rekod NILAM dari mana-mana pembekal setelah merujuk format NILAM Tambah Baik seperti mana yang diterima melalui Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Semakan format boleh di buat di pautan berikut: http://gg.gg/buku_rekod_nilam

4. Sebarang pertanyaan, tuan boleh hubungi Pegawai Pusat Kegiatan Guru Zon tuan-tuan atau En. Jailani Bin Mohd Yusoff, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Johor di talian 013-5939585. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan, terima kasih.

Muat Turun : SURAT PELAKSANAAN NILAM BAHARU

Tindakan : Pengetua / Guru Besar / Guru Perpustakaan dan Media

Dikirim dalam Uncategorized