PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH SSQS 2016

Adalah dimaklumkan bahawa Kementarian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program pembestarian sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang beteraskan pengetahuan (k-economy).

Sehubungan itu, tuan/puan dipohon untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam pelaksanaan dan pemantauan penarafan pembestarian sekolah yang dilaksanakan secara dalam talian . Penarafan di kesemua sekolah akan diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) dengan bantuan penyelarasan di peringkat sekolah oleh Guru Penyelaras Bestari/ Guru Penyelaras ICT.Penarafan SSQS bagi Negeri Johor akan bermula pada 18 Julai hingga 30 Ogos 2016.

ID & Kata laluan: kod sekolah
Dikirim dalam Uncategorized