Pelaksanaan KM1M 2017

KM1M 2017

Dimaklumkan bahawa berdasarkan surat arahan Pelaksanaan Program Kem Membaca 1Malaysia ( KM1M ) 2017  ( rujukan : KP(BTP-PSP)8810/3/3/Jld.3(23) ) bertarikh 3 Mac 2017 , KM1M merupakan satu aktiviti tahunan KPM bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.

Program KM1M 2016 akan diadakan serentak di seluruh negara selama tiga hari iaitu pada 4 hingga 6 April 2017 dengan tema Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia.yang mengsasarkan murid sekolah rendah dan juga menengah.

Pelancaran peringkat Kebangsaan akan  diadakan pada 4 April 2017 di Auditorium BTP, Bukit Kiara. Kuala Lumpur jam 8.00 pagi manakala pelancaranKM1M peringkat negeri Johor akan diadakan  di SK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang.

Majlis Pelancaran peringkat sekolah juga akan diadakan serentak di seluruh negara pada 4 April 2017.Sehubungan itu, dipohon Guru Perpustakaan dan Media mengambil tindakan untuk melaksanakan pelancaran dan program tersebut di sekolah masing-masing.mulai 4 hingga 6 April 2017.

Pelaporan KM1M perlu dihantar secara hardcopy @ emailkan ke sani.btpnjoh@moe.gov.my  sebelum  20 April 2017 untuk dihantar ke KPM.

Bersama ini disertakan ( Sila klik link untuk Muat turun )

  1. Surat punca  kuasa pelaksanaan KM1M
  2. Lampiran 1-Ringkasan dan aktiviti KM1M
  3. Lampiran 2  contoh pelaporan
  4. Power point Garis panduan KM1M

Sehubungan dengan itu, kerjasama dari tuan/puan adalah amat dihargai dalam melaksanakan perkara diatas..Sebarang pertanyaan sila  berhubung terus ke talian 07-6874943 pada waktu pejabat

Sekian, untuk makluman dan tindakan.

Dikirim dalam Uncategorized