Permohonan CRMO VLE 2016

Terima kasih kepada Pengetua dan Guru Besar yang hadir pada Taklimat Classroom Make over VLE 2016 pada 12 April 2016, bertempat di SMK Telok Kerang. Diharapkan semuanya telahpun faham dan jelas tentang program ini.Terima kasih juga kepada KU Best BTPN Johor, Encik Mokhtar bin Omar kerana dapat meluang masa untuk memberi taklimat kepada pengetua dan guru besar daerah Pontian.

Sekiranya Pengetua dan Guru Besar berminat untuk menyertai Program ini sila ikut langkah-langkah di bawah:

  1. Sekolah perlu mengisi permohonan secara online http://gg.gg/mohonvlecrmo
  2. Selepas permohonan, pihak YTL akan memberi surat agreement melalui email.
  3. Dalam surat tersebut Pengetua dan Guru Besar perlu memahami agreement tersebut dan jika bersetuju  barulah ditandatangani surat tersebut. PIBG juga turunkan tandatangan.
  4. Dan surat tersebut dikembalikan kepada pihak YTL.

*Masukkan gambar bilik cadangan sebelum , semasa dan selepas dalam folder Pontian di   http://gg.gg/vlecrmo . Jangan delete mana-mana gambar dalam folder lain. Buat satu folder dengan nama sekolah masing-masing.

 

 

 

Dikirim dalam Uncategorized