PELAKSANAAN STANDARD KOMPETENSI DIGITAL (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS – DCS) MURID TAHUN 2017

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam Muafakat Johor,
 
Kepada :
Pengetua / Guru Besar
1. SMK TELOK KERANG
2. SJKC CHI MANG
3. SJKC BIN CHONG
4. SK SUNGAI DURIAN
5. SK TELOK KERANG
6. SK RIMBA TERJUN
Tuan,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.         Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Econmy Corporation(MDEC) sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4 : Konsolidasi dan Kelestarian (2011 – 2020) seperti surat dengan rujukan bernombor : KP(BTP-PENT) 8817/3/4 (80) bertarikh 30 Mac 2017.
 
3.         Sehubungan itu, penilaian Standard Kompetensi Digital (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS– DCS) akan dilaksanakan di sekolah-sekolah seperti di Lampiran 1 bermula 10 April 2017 sehingga 15 Mei 2017 secara atas talian pada pautan berikut : 
4.         Pelaksanaan penilaian DCS di sekolah-sekolah terpilih ini akan diuruskan oleh pihak kami dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) zon masing-masing. Bagi bantuan penyelarasan di peringkat sekolah, Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT bertanggungjawab membantu proses penilaian murid.
 6.         Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En Mohd Hairil Fitri bin Ja’afar, Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor di talian 012-7870277 atau menggunakan aplikasi DCS (Klik  User Guide à  FAQ).
 Sekian terima kasih.
“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI”
(SANI OMAR)
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Kukup
Muat turun:
Dikirim dalam Uncategorized